Thursday 19 July 2012

T1 Bab 6 - Tanaman Hiasan

Tanaman Hiasan 
 
Penjagaan Anak Pokok

Penjagaan anak pokok adalah penting untuk menghasilkan pokok yang sihat dan subur.

Menyiram
1. Untuk memastikan bahawa akar mendapat air yang diperlukan.
2. Air perlu diberikan secukupnya.

3. Proses menyiram sebaiknya dilakukan sebanyak 2 kali sehari.

Menggembur

1. Menggembur tanah perlu untuk melonggarkan tanah supaya dapat memperbaiki pengudaraan tanah dan penembusan air.
2. Penggemburan dapat dilakukan dengan menggunakan sudip tangan atau serampang tangan.
3. Dapat mengawal pertumbuhan rumpai.

Merumput
1. Rumpai mengganggu tumbesaran anak pokok kerana bersaing dengan anak pokok untuk mendapatkan ruang, nutrien, air dan cahaya.
2. Rumpai juga menjadi tempat pembiakan serangga perosak dan punca penyakit.
3. Merumput dilakukan sebaik sahaja rumpai mula tumbuh di permukaan tanah.
4. Alatan yang biasa digunakan ialah serampang tangan atau sudip tangan.
5. Bagi rumpai yang kecil, boleh menggunakan tangan sahaja untuk mencabutnya.

Membaja
1. Bertujuan untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak pokok.
2. Perlu dilakukan secara berkala

No comments:

Post a Comment