Thursday 19 July 2012

T1 Bab 2 - Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
2.3 Jenis Bahan dan Pengikat
2.3.1 Jenis Bahan
1) Kayu
· Bahan semula jadi daripada pokok.
· Ada pelbagai bentuk seperti papan tebal, papan nipis, kayu beroti, kayu jerjak.
2) Papan lapis
· Papan lapis adalah kepingan beberapa kayu nipis.
· Ada 2 jenis: kalis air dan tidak kalis air.
· Kegunaan untuk buat perabot, dinding, pintu atau kotak.
3) MDF
· Bahan komposit daripada serat kayu dan kayu terbuang.
· Biasa digunakan dalam pembuatan perabot.
4) Mounting board
· Diperbuat dari kertas tebal. Ketebalan=2mm
· Diguna sebagai pelapik atau sebagai hiasan.
2.3.2 Jenis Pengikat
a) Paku
- Paku digunakan untuk mencantum kayu. Ia diperbuat daripada keluli lembut. Saiz paku ditentukan oleh panjangnya.
- memaku secara serong akan menguatkan cengkaman paku.
b) Skru
- Skru adalah penyambung separa kekal kerana ia boleh dicabut semula setelah dipasang.
- Skru digunakan untuk mengikat kepingan logam, kayu dan memasang engsel.
- Ada 2 jenis alur kepala skru:
c) Glu
- Untuk mengukuh cengkaman bahan.
- Ada 2 jenis iaitu Glu PVA dan Glu sentuh.
- Glu PVA untuk perabot(kayu) dan tidak tahan air.
- Glu sentuh untuk melekat 2 bahan berlainan seperti kayu dengan plastik. Ia lebih kuat dari glu PVA.

No comments:

Post a Comment