Thursday 19 July 2012

T1 Bab 4 - Kerja Paip

 Kerja Paip

4.1 SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAHSistem Terus
: Sistem terus ialah sistem saliran air dari meter air terus kepada kelengkapan rumah seperti paip dan tangki air.

Sistem tak Terus
: Sistem tak terus menyalurkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan air rumah yang lain melalui paip agihan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

4.2 JENIS PAIP

1. Paip PVC
-PVC adalah singkatan Poli Vinyl Chlorida
-Berwarna kelabu & putih, permukaan licin dan ringan
-Diguna sebagai paip perkhidmatan, paip agihan, sistem paip pengaliran air buangan.
-Saiznya mengikut ukuran diameter bahagian dalam batang paip
-Saiz biasanya seperti 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm.
-PVC tidak berplastik digunakan dalam paip pembentungan sisa kumuhan, pemprosesan air dan pelupusan bahan kimia.

2. Paip Besi Galvani
-Tahan lama.
-Saiz yang biasa 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm.
-Panjang piawai (tetap) paip ini ialah 6 meter.
-Ada 3 gred iaitu A,B dan C
-Gred A > Kod warna coklat > Dinding nipis > Guna sbg paip limpah, paip sisa.
-Gred B > Kod warna biru > Dinding sederhana tebal > Guna sbg paip agihan air panas
-Gred C > Kod warna merah > Dinding tebal > Guna sbg paip perhubungan & perkhidmatan.

3. Paip Poli
-Kebiasaannya warna hitam.
-Diguna sebagai paip perkhidmatan, khasnya paip utama bawah tanah.
-Saiz biasa 20mm, 25mm dan 35mm.----------------------------------------------------------------------------------------------

4.3 BAHAN PEMASANGAN PAIP


1.Pita PTFE (Poly Tetra Fluoro Ethylene)
-Digunakan untuk penyambungan paip BG.
-Dililit mengikut arah jam pada ulir (benang) sebelum bahan penyambung paip.
-Lembut dan berwarna putih

2.Glu Paip PVC
-Disapu pada bahagian sambungan supaya sambungan menjadi kukuh dan tidak mudah bocor.
-Merupakan bahan pelarut atau pelekat seperti gam.
-Dalam bentuk cecair pekat.

No comments:

Post a Comment